Friday 7 October 2011

sesekali , biarlah sedemikian

Sesekali biarlah aku berbahasa indah dari meluah titis mutiara merengek sendirian...Sering kali aku biarkan diri ku sendirian menghilang dari segala hiruk pikuk dunia..biarkan dunia bisu biarkan dunia buta..Owh Tuhan ku mohon kau berikan ku jalan untuk ku pergi dari sesi dunia yang gelap...namun siapa aku untuk mencipta segala drama kehidupan..


Sejajar aku berkhayal..mencari secubit ketenangan dari kemelutan yang aku alami saban hari..tapi siapa yang menduga???..Kalian ?? lansung tak ambil peduli??kasihan ??aku tak layak dilayan sedemikian..Cuma apa yang aku mahu..Sikap hormat...Tepati janji dan jangan terlampau memaksa..Minta pertolongan pun ada cara nya..Mengapa layan aku seperti hamba kalian..hampir berpuluh kali aku draft kan keratan entri ini...Berfikir sewajarnya kah aku mementingkan diri dan biar kalian tersenyum dan menganggap tiada apa pun yang terjadi pada ku..


Sikap manusia memang begitu.. bisik pula suara hati...Kalau begitu mengapa aku tak seperti kalian??

jauh menerajui gelap malam :)

Kutekan picu alam maya,seraya aku memasuki ke alam itu,penuh nurkilan terpampang dihadapan nya....pelbagai cerita suka duka,tangis tawa,...anehnya, aku dapat menatapnya tanpa berganjak dari tempat duduk ku,hanya jemari ku yang ligat menari....


Jauh,aku menerajui gelap malam,namun itu tatkala malam,
Namun cerah pagi menyentuh tubuh.
Segan segan mata terbuka,silau dek kerna cahaya mentari.

Ku gagahi setiap langkahku,penat terasa,lelah merangkum payah nya perjalananku kini.itu ini serba tak kena...malas mula merasuk sikapku.mempersoalkan kemana pergi hilangnya .


Mendiam



Kau hayati tatkala ku menangisi,

Malam,
Mengapa kau berlabuh andai kau berikan kerinduan,
Malam,
Mengapa hanya punguk rindukan bulan,


Lembut bayu menghembus,
Menyapa membelai tubuhku,
Aku tahu itu kiriman kerinduan,
Aku sekadar mengandaikan,
Memberi sedikit senyuman dihati,
Waima nyatanya tiada sedikit pun hembusan kerinduan,
Aku cuba mengelak dari mendengar rintih rintih hati ku yang cengeng,
Sedemikianlah ku khabarkan pada nya,
Agar secebis senyuman terukir,
Begitu panjangnya bahasa malam,
Bisu tak bersuara namun terukir berbahasa,


Malam mohonku pada yang Esa agar permohonanku akan dimakbulkan...

Tenangkan lah aku..Berikanlah petunjuk..

Monday 3 October 2011

bicara tentang hati

Disini aku, memulakan tirai bicara. berkongsi satu kisah, ku alun menjadi warkah, tanpa aku bicarakan kata dari mulutku. jauh aku merenung dan cubalah kau tenung .lihat apa adanya lampau. Dua, tiga tahun yang lepas. dimana kamu, mungkin kamu tiada jejak disini, mungkin masih disana, mungkin jua aku yang tiada. dimana aku, dimana kamu, sapa yang tahu?? hanya kamu untuk kamu, dan hanya aku untuk diriku.(bicara tentang hati)
Pertemuan bermula hingga ke alam maya. kau kenal aku, aku kenal engkau, namun tak bersua.. Bersua hanya seketika. kita berbicara panjang, gelak, tersenyum, menangis, merintih dan berkongsi kata. saat itu kita sematkan, kau aku "keep in touch ya". aku sentiasa ada untuk kau.
Namun, kini aku disini. kenali kamu, anggap aku tiada, dan juga seperti yang lain jua. celik mata namun dipejamkan. mungkin jua aku yang sudah berubah, lantas aku melupakan kamu (itu kata mu,namun sebaliknya bagiku). jarang lagi seperti dulu. maaf andai aku seperti yang kamu bicarakan. bukan aku marah cuma aku berkenang .. Sudah nasibku mungkin.. bukan untuk kamu, tapi ini ukiran ku tujukan pada ku. aku begitu, memang aku, bukan sapa sapa. aku berubah, manusia berubah. maaf jika aku begitu.. kerna aku jua seperti kamu.. (tak pernah berubah kerna apa yang kau rasa itu jualah rasaku)
Ku labuhkan sauh bicara sebagai noktah. salam ku sebagai penganti diri. sifatku bukan di lihat dari riak wajahku. wajahku itu bukan hatiku,bukan sifatku...